Thursday, March 20, 2014

SPM..SPM...SPM..

Hari ni result SPM diumumkan...Adik bongsuku,Faez ahli keluargaku yang terakhir mengambil result SPM..Perasaan berdebar tu aku pun rasa..Macam aku la yang amik result tu..Walau apa pun result mu dik, akak sentiasa supoort mung dari belakang..Jangan patah semangat..Bersyukur ke hadratNya kerna ni bukan pengakhir segalanya..Akak tau adik dah berusaha sebaik mungkin..Akak sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mu dik..

Bila hantar dan tengok bebudak ni amik result SPM ni teringat masa aku amik result dulu..Aku bukan dari keluarga yang senang..Walau sekolahku sangat jauh nun di Klang dan aku tinggal di Bukit Beruntung (atas lagi dari Rawang..kiranya dari hujung ke hujung), tapi aku pergi ke sana sendiri..Aku berjanji dengan kawanku dari Tg Malim..Aku jugak menaiki bas dari rumah ke Stesyen KTM Rawang yang mengambil masa 1 jam..dan menaiki komuter ke Klang dalam 2 jam (coz dulu perkhidmatan KTM lagi selow dari sekarang) tapi naik komuter tu kena tukar kat KL Sentral if nak ke Klang..Sampai Klang turun dan berjalan kaki tuk naik bas ke Sek Men Teknik Klang tu..dan aku sampai di sana pun dah tengah hari..semua kawan2 dah kecoh2 dengan result memasing..

Tapi before aku sampai sana Angah ku 2-3 kali called tanya how was my result??kelakar sangat..dia yang kemain excited..lepas amik je result aku terus call Angah ku and bercakap dengan my mom beritahu result ku walau takde la gempak mana sebenarnya..Walau dalam keadaan riuh di dalam dewan makan aku gigih beritahu semua subjek dan gred nya..Entahla..mungkin dari kecik aku dah terbiasa begini..tak pernah ada rahsia bila berkaitan exam hinggakan aku habis Degree pun aku share dengan parents and abang2 ku..

Kenyataannya jalan hidupku tak mudah..Kawan2 ku ramai jugak dapat panggilan Politeknik, UiTM, Matriks, Uni2 lain and yang sambung form 6 pun ada masa pertengahan tahun tu..Aku memang rasa DOWN sangat masa tu..aku rasa cam ngok nya aku ni..and to be honest aku memang takmo sambung Form 6 semata2 takmo pakai uniform sekolah lagi..Ego giler kan aku walau kecik2 lagi..haha..

Masa tu memang rasa malu coz abang2 ku sambung study..Along masa tu sambung Kolej Telekom (sekarang dikenali sbg Multimedia College kat Jalan Semarak) and Angah masuk UiAM amik Bachelor in Law..aku..emm..sedih sikit..tapi masa tu mula la cari2 kerja sementara tungu untuk application UiTM and Politeknik tuk pengambilan Disember..Dalam 2 bulan aku kerja di TASKA menjaga budak..kerja bagai nak giler..6 am keluar balik kadang sampai pukul 8 pm tapi gaji sebulan just dapat tak sampai RM400 pun..memang teruk je kena buli masa tu..budak baru abis SPM kan..memang orang ikut suka je kenakan..

Then cari kerja kat Pasaraya Bintang tapi dah full..Cuba pulak mintak kerja kat kedai pakaian belakang Pasaraya Bintang tu..dapat dan esoknya terus start kerja..tapi bila tanya boleh tak nak rehat tengah hari pukul 4 so then  boleh aku "ZoSar" je coz dia tak bagi aku rehat kul 1 and 4 so aku mintak la direct pukul 4 demi solat Zohor dan Asar serentak and pukul 7 rehat lagi untuk aku Maghrib tapi Cina tu tak bagi..siap cakap "tak boleh ke tinggal 1?"..Ya Allah rasa nak nangis sangat time tu..Teruknya Cina ni..bukan aku racist tapi perlukah begitu??bukankah sepatutnya kita patut respect agama satu sama lain..eh dah2..melalut nanti kang bila cakap issue ni..Disebabkan dia tak bagi aku rehat seperti yang dimintak tu so nyer masa pukul 1 waktu rehat aku tu aku bawak beg and terus lari tak masuk balik dah..kesian giler kawan aku coz dia rehat dulu and tak bawak beg..kabut jugak la dia sorok2 nak amik beg and lari..hahaha..rasa budak2 sangat masa tu..orang kedai tu called lebih 10 kali dan at the end aku terus off phone aku lepas aku called and tanya pendapat ayah aku pasal tu..

Akhirnya aku duduk jela di rumah..Makan tidur makan tidur and belajar masak dengan mama masa tu la..masa application UiTM and Politeknik bukak je aku pun terus kabut ajak Along ku teman aku pergi Cyber Cafe (dulu tak mampu nak pasang Stremyx) untuk applied..Dia la yang pilih2 course untuk aku..aku hentam ikut je..

Tipu la kalau tak putus asa dan sedih bila tengok kawan2 lain dah sambung belajar and ada yang baru dapat tawaran tuk kemasukan Disember..seronok je..masa tu dah redho and masa tu aku dan kawan ku gigih dah nak cari kerja kat kilang2 kat area Bukit Beruntung tu..situ memang banyak giler kilang..hampir separuh hari berjalan cari kerja and try interview then ada la 1 kilang tu terima kami berdua dan boleh start next week nya..

Sementara menunggu minggu tu berakhir tuk start kerja next week nya tiba2 Jumaat tu aku dapat surat tawaran dari UiTM..Ingat lagi masa tu, macam biasa Angahku paling excited..masa nak pergi Solat Jumaat dia intai post box kat bawah rumah (dulu duk apartment je) then tiba2 dia jerit "Noy..ada surat UiTM!!!Cepat g amik!!!" Aku dengan excited nya amik kunci post box and turun bawah amik surat..sambil berjalan naik ke atas (rumah tingkat 4) aku bukak surat tu dan terpampang Offer Letter tertulis aku berjaya menempatkan diri dalam course Diploma Pengurusan Bank..Hah??apa tu??memang pelik..tapi sebab course ni la aku belajar erti hidup seorang pelajar universiti dan berjaya sambung BBA (Hons) Finance pulak..
Nanti aku akan cerita perjalananku di universiti pulak..

Apa yang penting..Walau macam mana pun result SPM kita JANGAN SEKALI2 PUTUS ASA..Teruskan usaha dan tetapkan impian kita...In Shaa Allah akan ada jalan yang terbaik..
Berusaha, berdoa dan sentiasa bertawakkal..


Friday, March 14, 2014

Cantiknya Bila Berhijab

Selalu kita dengar apabila bertanyakan seseorang wanita yg sexy atau tidak menutup aurat tu dengan jawapan "aku tak ready lagi..tunggu hidayah..In Shaa Allah tu impian aku untuk pakai tudung 1 hari nanti..."<---- ini adalah antara contoh jawapan kita biasa dengar dari wanita Islam yg moden and kononnya open minded..

Sedarkah kita betapa jahilnya kita dengan jawapan2 tu..hijab dan menutup aurat itu adalah sesuatu yg wajib..sedangkan masa di zaman jahiliyah pun apabila Allah SWT menetapkan bahawa menutup aurat tu wajib, semua kaum wanita pada masa itu berlumba2 mencari selimut untuk menutup rambut dan aurat mereka..sedangkan apabila solat pun kita wajib menutup aurat kita dahulu sebelum menunaikan solat..

Wanita moden Islam kebanyakkannya selalu akan berkata:
  • "berhijab belum tentu baik imannya" - ye betul...tetapi wanita yg baik iman sudah pasti berhijab bukan?
  • "Menutup aurat bukan jaminan tak berbuat dosa" - tapi sedarkah kita menutup aurat sudah pasti mengurangi dosa dan juga menggugurkan dosa kewajipan menutup aurat tersebut.
  • "Berhijab tak menjamin selalu dekat dengan Allah" - tetapi yg pasti ia akan membuatkan diri si pemakai lebih kuat tuk ingin mendekati Allah..

Hijab untuk melindungi kehormatan dan kemuliaan...ramai yg selalu menganggap seorang Islam kewajipannya hanya menunaikan solat..mereka menganggap solat walau dengan keadaan rambut berkaler2 pun okay "asalkan aku solat..coz aku muslim dan solat itu wajib"..dan mereka selalu menganggap berhijab tak tentu lagi baik..

Ye betul semua tu..tapi sedarkah kita menutup aurat itu WAJIB..sekurang2nya dia melaksanakan perintah Allah dahulu dan selebihnya biar Allah yang menghukumnya..

Umat Islam sekarang terlampau mengejar kemodenan hingga terlupa untuk kembali kepada Yang Satu..memang mereka solat coz solat tu wajib tapi adakah solat itu sah dengan rambut kaler2 itu...sesungguhnya tiada hukum pun dalam Islam yang mengesahkan bahawa dengan rambut berkaler itu sah untuk dibawak solat..yang halal nya adalah bahan2 di dalam kandungan kaler2 rambut tersebut tetapi bukan hukumnya..

Janganlah terlalu fikirkan yg bila tutup aurat rambut akan rosak..Percayalah dengan menutup aurat sebenarnya rambut kita akan lagi cantik dan terjaga kerna ia terlindung dari segala benda2 di luar seperti haba, matahari dan habuk yg akan lebih merosakkan rambut kita..

Kesimpulannya di sini, hijab dan menutup aurat itu adalah WAJIB dan bukan hanya menunggu hidayah Allah dan hanya menanamkan impian sahaja..