Friday, March 14, 2014

Cantiknya Bila Berhijab

Selalu kita dengar apabila bertanyakan seseorang wanita yg sexy atau tidak menutup aurat tu dengan jawapan "aku tak ready lagi..tunggu hidayah..In Shaa Allah tu impian aku untuk pakai tudung 1 hari nanti..."<---- ini adalah antara contoh jawapan kita biasa dengar dari wanita Islam yg moden and kononnya open minded..

Sedarkah kita betapa jahilnya kita dengan jawapan2 tu..hijab dan menutup aurat itu adalah sesuatu yg wajib..sedangkan masa di zaman jahiliyah pun apabila Allah SWT menetapkan bahawa menutup aurat tu wajib, semua kaum wanita pada masa itu berlumba2 mencari selimut untuk menutup rambut dan aurat mereka..sedangkan apabila solat pun kita wajib menutup aurat kita dahulu sebelum menunaikan solat..

Wanita moden Islam kebanyakkannya selalu akan berkata:
  • "berhijab belum tentu baik imannya" - ye betul...tetapi wanita yg baik iman sudah pasti berhijab bukan?
  • "Menutup aurat bukan jaminan tak berbuat dosa" - tapi sedarkah kita menutup aurat sudah pasti mengurangi dosa dan juga menggugurkan dosa kewajipan menutup aurat tersebut.
  • "Berhijab tak menjamin selalu dekat dengan Allah" - tetapi yg pasti ia akan membuatkan diri si pemakai lebih kuat tuk ingin mendekati Allah..

Hijab untuk melindungi kehormatan dan kemuliaan...ramai yg selalu menganggap seorang Islam kewajipannya hanya menunaikan solat..mereka menganggap solat walau dengan keadaan rambut berkaler2 pun okay "asalkan aku solat..coz aku muslim dan solat itu wajib"..dan mereka selalu menganggap berhijab tak tentu lagi baik..

Ye betul semua tu..tapi sedarkah kita menutup aurat itu WAJIB..sekurang2nya dia melaksanakan perintah Allah dahulu dan selebihnya biar Allah yang menghukumnya..

Umat Islam sekarang terlampau mengejar kemodenan hingga terlupa untuk kembali kepada Yang Satu..memang mereka solat coz solat tu wajib tapi adakah solat itu sah dengan rambut kaler2 itu...sesungguhnya tiada hukum pun dalam Islam yang mengesahkan bahawa dengan rambut berkaler itu sah untuk dibawak solat..yang halal nya adalah bahan2 di dalam kandungan kaler2 rambut tersebut tetapi bukan hukumnya..

Janganlah terlalu fikirkan yg bila tutup aurat rambut akan rosak..Percayalah dengan menutup aurat sebenarnya rambut kita akan lagi cantik dan terjaga kerna ia terlindung dari segala benda2 di luar seperti haba, matahari dan habuk yg akan lebih merosakkan rambut kita..

Kesimpulannya di sini, hijab dan menutup aurat itu adalah WAJIB dan bukan hanya menunggu hidayah Allah dan hanya menanamkan impian sahaja..

No comments:

Post a Comment