Wednesday, April 2, 2014

Cinta..Melalaikan atau Semangat..

Aku hilang diriku
Sementara mengejar kamu
Aku hilang nyawaku
Kerna ku mahu cintamu
Dan aku hilang..hilang

Aku ingin kau tahu
Dan sedar kewujudanku
Aku inginkan kamu
Lebih dari yang kau tahu
Dan aku hilang..hilang
(Hilang by Najwa Latif)

Sikit petikan lirik lagu Hilang nyanyian Najwa Latif..kita sering leka mengejar cinta itu hingga hilang diri kita yang sebenar..Cinta selalu membuatkan kita lupa dan lalai untuk terus dalam hidup kita saja..

Cinta dan manusia memang tak dapat dipisahkan..perasaan tu memang biasa dialami oleh manusia biasa..sebab kita hanya manusia biasa..Tapi manusia juga banyak leka dengan cinta manusia tu hingga mengabaikan segala2nya..family pun dilupakan..

Suatu masa dulu I do fall in love with a guy..he was not a good guy..always skipped class..setiap sem mesti naik court UiTM tu atas masalah2 yang dibuatnya..but after we were together he changed a lot..mula lebih dekat pada Allah dan his bestfriend pun tak sangka dia berubah..

Dia mula rajin belajar and bertekad habiskan diploma dan dapatkan result terbaik untuk further Degree..to be honest he was such a smart student..SPM result dia pun much better than me..Fizik and Kimia dia 3B lagi..he was ex-MRSM student and then further to Malacca Matriculation..

Memang best bercinta masa belajar..sebab boleh study sesama..bincang2..me and him just bincang by phone called or SMS (dulu2 takde Whatsapp ni)..masa tu semua indah..

Then diploma I further my Finance Degree at UiTM Melaka dan dia kerja di Sarawak jadi boutiqe manager his aunt selama 3 bulan then balik Semenanjung dan dia terus datang cari kerja kat Melaka..dia jadi salesman untuk buku kanak2 then dia jugak jadi school guard..tula pengorbanan dia yg paling tak dapat aku lupakan..

After that, aku paksa dia balik KL cari kerja lagi better..dia kerja kat Jab Perangkaan..kat sini la bermulanya aku hilang diri aku bila terlalu sayangkannya..setiap kali aku balik KL mesti aku keluar dengan dia..hinggakan takde masa untuk family ku..bukan pegi mana pun..just makan2 jalan2 je pun..n paling happy sekali bila our relationship mendapat restu from both families..

Dipendekkan cerita hubungan kami tak berpanjangan..After more than 4 years kami berpisah (walau bukan dengan cara baik)..  Aku redha..mungkin bukan jodohku dan dia..mungkin ada yang terbaik untuk aku..tapi sangat sukar untukku untuk pulih pada mulanya..

Seperti dalam lirik Hilang tu.."Aku hilang diriku sementara mengejar kamu"..Aku hilang diriku kerna aku dah terlalu bergantung padanya..aku tercari2 diriku..diriku yang ceria dahulu hilang sejak bersamanya kerna dia tak pernah suka aku bersosial and jadi Huda yang giler..Aku dan family ku terlalu jauh masa tu hinggakan sukar untukku menangis dan mengadu tentang ini semua pada mereka..I took more than a year to cure from all those pain..ternyata teramat susah..

Memang manusia tidak dapat lari dari perasaan cinta tapi bagi aku cinta tu biarlah berpada-pada..jangan terlalu menaruh 100% perasaan sayang dan cinta itu pada si dia kerna bila kita terluka memang sakit teramat sangat rasanya..tinggalkanlah at least 20% untuk diri kita..

Jangan terlalu mengejar cinta itu hingga kita hilang diri kita..
Sesungguhnya cinta itu tak buta tapi manusia yang membutakan diri sendiri dengan perasaan cinta tersebut..

1 comment:

  1. tak semua org boleh dpt pengalaman mcm u..tp tak semua org jugak bercinta tak menjadi..mcm kawan i,dia kawan sejak sekolah..tpi setia sampai dah kahwen ad ebaby dah skrg..senang citer rezeki masing2 Allah dah tetapkan...malah,sesiapa yg nak belajar di luar negara disarankan bernikah dahulu untuk naikkan smngt mereka ketika diperantauan..

    ReplyDelete