Tuesday, April 15, 2014

Errr...Confident??

Confident atau keyakinan diri sangat subjektif..memang sangat sukar untuk ada confident tu kalau diri kita penuh dengan sikap kemelayuan yang sopan dan pemalu...

As for me, I did have a problem with my confidence level for the past few years..I did have that 'audience freak' and to be honest sampai sekarang pun still the same..

Aku memang seorang yang agak pemalu bila ramai2 orang, tak confident dengan apa yang aku pakai, cara berjalan, cara gelak dan sembang..always ada problem tu sampai sekarang..Cuma dah kurang sikit dari dulu..kalau dulu aku nak lalu tempat ramai2 orang memang tak mungkin la..nak bertanya2 orang kalau tak tau jalan pun lagi no!!no!!no!!Malu la..dalam fikiran tu penuh malu dan fikir tentang tanggapan orang je..dan takut kena gelak..sebab biasalah orang Melayu ni problem nya 1 je..suka memperlekehkan orang bila orang tu mencuba sesuatu yang baru even kawan sendiri pun susah nak jumpa yang betul2 sokong kita..

Masa di universiti dulu memang susah sangat setiap kali nak presentation sebab 'nervous' aku memang teroookkkk teramat..tapi setiap sem setiap subjek mesti ada presentation dalam group atau persendirian tapi kalau dalam group tu pun mestilah setiap sorang kena cakap jugak kan..tapi hampir setiap kali presentation aku selalu dapat pujiann and adalah jugak jadi presenter terbaik..tu pelik tu padahal aku la paling penakut teramat..
So kat sini nak share la sikit camne aku handle that problem..

1. Buat projects tu make sure betul2 details..buat research dan takmo la 'copy n paste' je..so bila nak present kita kita tay semua details and senang je nak explain.

2. Buat slide tu pun jangan 'copy n paste' je dari assignments/projects yang hantar kat lecturer kita tu..ayat panjang2 pun masuk slide..bosan..aku dulu selalu buat illustrations, guna segala macam shapes yang ada dalam Power Point tu, letak la animations sikit dan buat kaler2 sikit untuk looks nice..then just letak point2 je dalam slide tu..so masa present tu kita boleh cakap banyak dan buat orang pay attention kat kita..

3. Make sure dress-up properly..pakai sesuatu yang kita rasa selesa dan nampak menarik dan nampak lain dari kebiasaan kita pergi kelas hari2..janganlah pakai baju kurung gebeh2 dengan tudung pun tudung hitam putih sama je..so memang akan nampak "boriiinngggg..."
To be honest pemakaian kita memang akan mempengaruhi tahap keyakinan diri kita..bila kita pakai sesuatu yang nampak menarik dan lain dari kebiasaan orang akan terkejut dan lebih tertarik melihat dengan kelainan tu..contoh masa pergi kelas aku selalu pakai t-shirt,jeans and tudung bawal silang camtu je..takde nak bergaya2..mana orang kenal and ingat..bila kerja ni bergaya sikit je orang dah ingat dah Huda yang mana..(eceh..berlagak pulak)

4. Bagi perempuan (untuk yang tak berapa tinggi..cam aku jugak) digalakkan kan la pakai kasut tinggi/heels atau kalau tak berani pakai "wedges" at least 2 inci pun okay dah..sebab bila pakai heels ni secara automatic confidence level to terbina sendiri..menurut psikologi jugak memakai heels ni mampu memperbaiki struktur tubuh kita..so kita akan less membongkok dan secara tak langsung buat kita confident lebih sikit..
Bukanlah suruh pakai sepanjang hari pergi kelas..just letak dalam beg and pakai masa presentation pun okay..In fact, sampai sekarang pun aku camtu..kasut spare dalam kereta je..if pergi interview by public transport just bawak spare dalam beg..

5. Bawak notes kecik..tapi just tulis point2 je and make sure kita dah faham isi presentation kita..perbanyakkan eyes contact with audience dan jangan terlalu banyak pandang slide (ni la pentingnya dari point No.2 tadi)..bila kita banyakkan interaction dengan kawan2 kita so kurang sikit la nervous tu..kalau pandang lecturer/cikgu mesti tu teruk lagi nervous kita..and cuba berinteraksi with audiences..macam tanya - understood? do you have any question? bagi dorang tertarik dan tak bosan..

6. Selit2 kan sikit humour ke..dan banyakkan pergerakan atau jangan statik je..

7. Dan paling penting jangan lupa baca doa..n call parents kita before presentation mintak doakan kita..

Seriously to be confident is not easy but we can keep on practice and trying our best to be a confident person..

So all we need to do just Practice..Practice and Practice..coz 
PRACTICE MAKES PERFECT!!


p/s: To be honest after practice year by year, aku berjaya juga jadi lebih berkeyakinan diri..dan pernah jugak dapat highest mark for the best presenter..also highest mark for the best and creative slide..and highest mark untuk presenter dengan personality/appearance terbaik..


Saturday, April 12, 2014

Aku Wanita Biasa..


Kusedar diri ini tidaklah secantik Balqis,
Tidaklah semulia Khadijah,
Juga tidaklah setaqwa Aishah,
Apatah lagi setabah Fatimah,
Ku juga tidaklah sesetia Hajar dan tidaklah setulus Zulaikha..

Apa yang kumahukan bukanlah semulia Muhammad SAW,
Bukanlah setaqwa Ibrahim,
Bukanlah jua setabah Ayyub,
Ataupun segagah Musa,
Apalagi setampan Yusuf atau sehebat Sulaiman..

Yang ku inginkan hanyalah seorang lelaki yang mampu menjadi IMAM ku..
Yang mampu membimbingku kembali padaMu,
Yang tulus dan ikhlas menyayangiku,
Jujur pada ku dan semestinya mampu membahagiakan dan menyinari hidupku..


p/s:Wrote this from 2012 and already published it in my FB profile at that time..Self reminder for everyone..

Wednesday, April 2, 2014

Cinta..Melalaikan atau Semangat..

Aku hilang diriku
Sementara mengejar kamu
Aku hilang nyawaku
Kerna ku mahu cintamu
Dan aku hilang..hilang

Aku ingin kau tahu
Dan sedar kewujudanku
Aku inginkan kamu
Lebih dari yang kau tahu
Dan aku hilang..hilang
(Hilang by Najwa Latif)

Sikit petikan lirik lagu Hilang nyanyian Najwa Latif..kita sering leka mengejar cinta itu hingga hilang diri kita yang sebenar..Cinta selalu membuatkan kita lupa dan lalai untuk terus dalam hidup kita saja..

Cinta dan manusia memang tak dapat dipisahkan..perasaan tu memang biasa dialami oleh manusia biasa..sebab kita hanya manusia biasa..Tapi manusia juga banyak leka dengan cinta manusia tu hingga mengabaikan segala2nya..family pun dilupakan..

Suatu masa dulu I do fall in love with a guy..he was not a good guy..always skipped class..setiap sem mesti naik court UiTM tu atas masalah2 yang dibuatnya..but after we were together he changed a lot..mula lebih dekat pada Allah dan his bestfriend pun tak sangka dia berubah..

Dia mula rajin belajar and bertekad habiskan diploma dan dapatkan result terbaik untuk further Degree..to be honest he was such a smart student..SPM result dia pun much better than me..Fizik and Kimia dia 3B lagi..he was ex-MRSM student and then further to Malacca Matriculation..

Memang best bercinta masa belajar..sebab boleh study sesama..bincang2..me and him just bincang by phone called or SMS (dulu2 takde Whatsapp ni)..masa tu semua indah..

Then diploma I further my Finance Degree at UiTM Melaka dan dia kerja di Sarawak jadi boutiqe manager his aunt selama 3 bulan then balik Semenanjung dan dia terus datang cari kerja kat Melaka..dia jadi salesman untuk buku kanak2 then dia jugak jadi school guard..tula pengorbanan dia yg paling tak dapat aku lupakan..

After that, aku paksa dia balik KL cari kerja lagi better..dia kerja kat Jab Perangkaan..kat sini la bermulanya aku hilang diri aku bila terlalu sayangkannya..setiap kali aku balik KL mesti aku keluar dengan dia..hinggakan takde masa untuk family ku..bukan pegi mana pun..just makan2 jalan2 je pun..n paling happy sekali bila our relationship mendapat restu from both families..

Dipendekkan cerita hubungan kami tak berpanjangan..After more than 4 years kami berpisah (walau bukan dengan cara baik)..  Aku redha..mungkin bukan jodohku dan dia..mungkin ada yang terbaik untuk aku..tapi sangat sukar untukku untuk pulih pada mulanya..

Seperti dalam lirik Hilang tu.."Aku hilang diriku sementara mengejar kamu"..Aku hilang diriku kerna aku dah terlalu bergantung padanya..aku tercari2 diriku..diriku yang ceria dahulu hilang sejak bersamanya kerna dia tak pernah suka aku bersosial and jadi Huda yang giler..Aku dan family ku terlalu jauh masa tu hinggakan sukar untukku menangis dan mengadu tentang ini semua pada mereka..I took more than a year to cure from all those pain..ternyata teramat susah..

Memang manusia tidak dapat lari dari perasaan cinta tapi bagi aku cinta tu biarlah berpada-pada..jangan terlalu menaruh 100% perasaan sayang dan cinta itu pada si dia kerna bila kita terluka memang sakit teramat sangat rasanya..tinggalkanlah at least 20% untuk diri kita..

Jangan terlalu mengejar cinta itu hingga kita hilang diri kita..
Sesungguhnya cinta itu tak buta tapi manusia yang membutakan diri sendiri dengan perasaan cinta tersebut..